WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, April 2, 2010

UM-NO/BE-END GUNA TAKTIK JAHAT HALANG PENDEDAHAN DATO SERI ANWAR!!

KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang Dipertua (BN-Beluran), Razali Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu sama ada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.


Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA UM-NO/BE-END MENGGUNAKAN TAKTIK KOTOR APABILA CUBA MENGHALANG PENDEDAHAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERKAITAN DENGAN APCO DENGAN CUBA MENGHERET BELIAU KEPADA JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN AHLI PARLIMEN..JIKA SEBELUM INI GIBIND SINGH MENJADI MANGSA UM-NO/BE-END DENGAN KAEDAH YANG SAMA,KINI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END SEKALI LAGI MENGGUNAKAN TAKTIK YANG SAMA TERHADAP DATO SERI ANWAR IBRAHIM..

NAMUN APAKAH TAKTIK INI AKAN BERJAYA MENGHALANG DATO SERI ANWAR IBRAHIM DARI TERUS MENDEDAHKAN SALAH-LAKU DAN KEPINCANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN P-END NAJIB ALTANTUYA??PADA HAMBA TIADA SATU PUN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END BAGI MENGHALANG DATO SERI ANWAR DARI MENYATAKAN KEBENARAN...TINDAKKAN MEREKA HANYA MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT DAN PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM....

No comments:

Post a Comment