WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, April 24, 2010

DUIT:SENJATA BE-END RAIH UNDI DI HULU SELANGOR


HULU SELANGOR, 24 April: Dalam tempoh 48 jam menjelang pusat pengundian dibuka perkara pertama yang perlu diperhatikan, berapa banyak umpan pilihan raya sudah sampai ke tangan pengundi.

Seorang petugas PAS dari Kuala Krai ketika ditemui di Batang Kali memberitahu umpan duit daripada Umno/BN menyebabkan ramai pengundi di atas pagar di Manek Urai menjadi kelabu mata.

“Ada pengundi yang mendapat RM2,000. Mereka datang pada waktu malam ketika kita syok mendengar ceramah dan mengadakan program bersama rakyat.

”Lebih mendukacitakan lagi ada juga penyokong kita yang menjadi tali barut membawa agen Umno. Mereka membahagikan umpan pilihan raya kepada orang PAS.

”Ini perlu diperhatikan. Hulu Selangor seakan-akan Manek Urai kerana ramai juga pengundi Melayu,” katanya di sini, semalam.

Pengalaman di Manek Urai pada Julai tahun lepas cukup memeritkan. Majoriti daripada 1,352 pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 menjunam kepada 65 undi pada pilihan raya kecil itu yang patut menjadi pengajaran di Hulu Selangor.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah ketika dihubungi memberitahu sekiranya aliran duit dapat dikawal, peristiwa seperti di Manek Urai sukar berulang di Hulu Selangor.

Beberapa penduduk India yang asyik bersembang di sebuah kedai kopi di pekan mati Batang Kali tidak yakin dengan Kamalanathan.

Mereka memberitahu bekerja di ladang sejak berpuluh tahun lalu hanya mendapat gaji di bawah paras kemiskinan.

”Dahulu Datuk G (Palanivel) tidak buat apa. Biar pun menjadi orang kuat Datuk Samy namun orang India masih tidak terbela,” kata mereka ketika didekati ke meja tempat mereka bersembang.

Tharuman Arjunam, seorang aktivis masyarakat India dari Kota Bharu berkata, hasil tinjauan rambangnya di Kuala Kubu Baru mendapati rata-rata orang India mengharapkan pemimpin yang berani dan bukan lembut macam Nathan.

Katanya, kalau menangkan Nathan sekali pun dia tidak boleh buat apa-apa kerana Datuk Palanivel lebih berkuasa di mana hubungannya amat rapat dengan Presiden MIC.

”Saya dengar cerita penyokong setia Datuk G tidak berkenan sangat dengan Nathan. Kalau Nathan menang bermakna Palanivel akan bersingkir.

”Dan pelan peralihan kuasa yang dijanjikan Samy Vellu akan terbantut. Maka lebih baik jangan menangkan Nathan, Ahad ini. Kalau Nathan menang, Samy lambat lagi akan berundur sedangkan segala masalah orang India di negara ini berpunca kepada kelemahan pimpinan Samy,” kata Tharuman.

Menurutnya juga, biar pun baru dua tahun kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, namun program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas yang meninggal dunia dan tabung Tawas untuk bayi baru lahir menjadi sebutan penduduk.

Selain itu, air percuma bagi 20 meter padu pertama dinikmati penduduk Selangor.

Beliau datang membantu kempen di Hulu Selangor bersama beberapa kawan di kalangan masyarakat Cina dari Kota Bharu.

Sumber Umno di Selangor pula memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mengharapkan sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila sehingga hari ini sudah tiga kali turun ke Hulu Selangor.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan Jepun, Najib bergegas datang ke Hulu Selangor.

”Situasi seperti ini jarang berlaku. Biasanya Timbalan Perdana Menteri sahaja yang turun padang berkempen siang dan malam. Namun di Hulu Selangor ada kelainan.

”Saya dibayangkan Perdana Menteri begitu bimbang kerana orang Melayu tidak lagi berminat dengan calon MIC. Isu perebutan calon sebelum ini memberi kesan mendalam,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Abdul Rahman Yunus berkata, pilihan raya kecil itu memperlihatkan BN kekeringan isu untuk diketengahkan kepada rakyat.

Beliau membuktikan teori itu dengan alasan BN melalui media massa harian yang menjadi tali barut Umno menggunakan isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim sebagai senjata.

”Saya melihat ini satu kesilapan apabila dimainkan isu arak atau kuda lumba kerana di Hulu Selangor pengundi Melayu hampir setara dengan bukan Melayu.

”Tentunya bagi orang India dan Cina, arak tidak menjadi isu besar bagi mereka. Dan orang Melayu pun boleh memberi simpati kepada Zaid kerana dipermainkan pemimpin Umno terutamanya Muhyiddin sendiri,” katanya.

Kata beliau, kesilapan itu mungkin seperti baru disedari apabila ia tidak lagi menjadi mainan media mereka sehari dua ini.

Namun Abdul Rahman berkata, kesilapan itu telah memberi kesan simpati yang mendalam kepada Zaid terutamanya di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir pula memberitahu suatu kejutan berlaku apabila kawasan ladang di Hulu Bernam yang sukar dimasuki petugas Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu sudah berubah sekarang.

Beliau mendakwa penduduk kebanyakan keturunan India di kalangan pekerja ladang di situ memberi sambutan baik terhadap kunjungan dan program dianjurkan Pakatan.

”Saya melihat ini satu perkembangan positif. Sekiranya situasi itu dapat dikekal kerusi Hulu Selangor dapat dipertahankan Zaid Ahad ini,” katanya ketika dihubungi di parlimen semalam.

Seorang penduduk di taman perumahan di Kuala Kubu Baru menjelaskan isu calon MIC sukar diterima kebanyakan penduduk Melayu di situ.

Menurutnya, orang Melayu rata-rata tidak boleh lagi menerima calon daripada MIC kerana mereka sudah muak dengan Palanivel selama empat penggal berkuasa di Hulu Selangor.

”Saya melihat satu kesilapan besar dilakukan Umno apabila mengekalkan kerusi majoriti Melayu kepada MIC. Keadaan sekarang sudah berubah.

”Rakyat sudah pandai menilai. Saya percaya sekiranya calon Umno diturunkan tentunya persaingan kali ini menjadi 50 – 50. Tetapi sekarang sudah tidak seimbang,” katanya yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan di situ.

Biar pun beliau bukan anak tempatan namun tinggal di taman perumahan tersebut lebih 10 tahun.Maka bagi memenangi hati rakyat, Umno terus menggulakan dengan projek demi projek.

Seorang ketua kampung di Sungai Buaya membilang-bilang projek diluluskan kerajaan BN. Antaranya membina padang kawat berharga RM144,000, membaik pulih dua madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).Kelulusan itu bukan dibuat menteri sebaliknya Datuk G selaku penyelaras BN di parlimen Hulu Selangor.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ada pesanan buat pengundi di Hulu Selangor.Katanya, janji pilihan raya di Bagan Pinang dan Manek Urai belum lagi Umno tunaikan lagi.

”Apakah pengundi di Hulu Selangor sanggup dipermainkan sama,” katanya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : SEMEMANGNYA INILAH BUDAYA BE-END DALAM MEMENANGI HATI PENGUNDI..MALAH BUDAYA INI JUGA TE;AH MENJADI "DARAH DAGING" MEREKA SETIAP KALI MENGADAKAN PEMILIHAN PARTI....MEREKA SANGGUP BERABIS WANG RINGGIT DEMI MEMENANGI PEMILIHAN KERANA YAKIN IMBUHAN YANG BAKAL DIPEROLEHI KEMUDIANNYA SETELAH MENJAWAT JAWATAN DALAM PARTI...
DAN KINI MEREKA MEMBAWA BUDAYA TERSEBUT UNTUK MEMPENGARUHI PENGUNDI DI HULU SELANGOR..MEREKA MENGANGAP PENGUNDI DI HULU SELANGOR BOLEH "DIBELI" DENGAN WANG RINGGIT..HUH!!SUNGGUH MURAH MEREKA MENILAI MARUAH PENGUNDI DI HULU SELANGOR....MEREKA MERASAKAN DENGAN MEMBERIKAN PROJEK ITU DAN INI (walhal itu sememangnya hak rakyat) MEREKA SUDAH BERBAKTI DAN LAYAK MENJADI PILIHAN RAKYAT..TETAPI MEREKA LUPA AKAN APA YANG TELAH MEREKA "ROMPAK" DARI RAKYA....

No comments:

Post a Comment