WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, June 22, 2009

PAS: 7 TAHUN SELEPAS PEMERGIAN DATO' HJ. FADZIL NOOR


21 Jun 2009, genaplah 7 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor kembali ke rahmatullah. Untuk penyegaran kita tentang hidup dan perjuangan ini, di paparkan beberapa artikel berkaitan almarhum yang ada didunia cyber.


Beliau meninggal dunia ketika Timbalan Presiden PAS (ketika itu), Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang memimpin kerajaan Terengganu di bawah pemuafakatan parti-parti politik Barisan Alternatif (BA). Allahyarham merupakan negarawan terulung pejuang dan negarawan, yang merintis Pakatan Rakyat (PR) yang ada pada hari ini.


Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan peribadinya di dalam semua aspek kehidupan.


Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama, perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdampingan dengan masyarakat, beliau dianggap sebagai pemimpin berkarisme. Semuanya itu hasil daripada latar belakang keluarganya dan juga pendidikan, di mana telah membentuk beliau sebagai seorang insan yang berperibadi tinggi dan dihormati.


Latar belakang keluarga

Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.


Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.


Pendidikan

Sejarah awal pendidikan Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.

Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.


Perkahwinan

Dato' Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Datin Hajjah Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya.

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna'izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.


Bakat Kepimpinan

Sememangnya diakui bahawa beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Bakat kepimpinan beliau mula terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya ketika menuntut di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq.

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).


Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.


Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.


Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah.


Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden Abim apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA.


Sepanjang penglibatan dalam Abim, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974.


Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.


Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS.


Pembabitan awal Dato' Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.


Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut.


Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995.


Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.


Dan yang terbaru ialah dalam pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, beliau berjaya mengalahkan calon BN, Dato' Othman Abdul di Parlimen Pendang dengan majoriti 19,474. Dan di DUN Anak Bukit dengan majoriti 1,480 dengan mengalahkan calon BN. Dato' Hasbullah Hasnan Kamaruddin. Kemenangan beliau buat pertama kalinya di kawasan Parlimen telah disusuli oleh 26 lagi wakil PAS.


Dan beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Manakala di DUN Kedah pula telah disusuli oleh 11 lagi wakil menjadikan wakil PAS di SUN Kedah seramai 12 orang sebelum kemenangan calon KeADILan, Saifudin Nasution Ismail di DUN Lunas dalam pilihanraya kecil akhir tahun 2000 yang lalu. Dengan kemenagan calon BA di DUN Lunas itu menjadikan wakil BA di DUN Kedah seramai 13 orang. Dan kerajaan negeri Kedah kehilangan suara 2/3 di dalam DUN Kedah.


Jasa

Dengan pengalaman dan jasanya yang banyak kepada rakyat, beliau telah dianugerahkan pingat Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), oleh Sultan Kedah pada tahun 1997, yang membawa gelaran Dato'. Hingga sekarang Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor masih lagi menerajui kepimpinan PAS dan diamanahkan sebagai Presiden parti.


21 jun 2002 Hari ini adalah hari sedih buat pendokong BA serta para pejuang Islam di Malaysia serta Dunia dengan pemergian seorang mujahid Islam menemui Allah swt.

Allahyarham Datuk Hj. Fadhil Nor telah kembali kerahmatullah untuk selamanya. Dari Seorang anak desa, Allahyarham telah berjaya menjadi pemimpin ISLAM yang digeruni di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Kini semuanya meninggalkan kenangan pahit dan manis sepanjang hayat beliau. Kini kita semua kehilangan seorang pemimpin perjuangan ISLAM di Alaf Baru ini tapi percayalah ada hikmah disebalik berita sedih buat kita semua.


Kronologi 20hb & 21hb.Jun.2002

10.30 malam - berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.

1.30 pagi - keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 pagi - berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 pagi - berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 pagi - jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita

lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.


12.30 petang - jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang - jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi

makmumnya.

1.45 petang - rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 petang - jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 petang - jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang - maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 petang - memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petang -jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000

rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 petang - dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 malam - selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 malam - maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 malam - jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam - jenazah selamat dikebumikan.

10.00 malam - upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di

hadapan Darul Ulum.

10.30 malam - rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.

11.00 malam - kami keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada kami melalui jalan lain.
SEMOGO ROH ALLAHYARHAM DATO' HJ. USTAZ FADZIL NOOR DICUCURI RAHMAT YANG MAHA ESA..PEMERGIANNYA SUDAH PASTI DIRINDU OLEH KITA SEMUA..DAN SEMOGA KITA MASIH TEGUH MEMPERJUANGANKAN APA YANG PERNAH DIPERJUANGAKAN OLEH ALLAHYARHAM...MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM......
DIPETIK DARI PAS.org.my



No comments:

Post a Comment