WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, June 14, 2009

Orang bukan Islam wajar meletak harapan sebenar pada PAS


Ada semacam kesilapan atau salah faham sesetengah pihak terutama bukan Islam terhadap PAS. Antara mereka dalam mengalu-alukan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi besar dan berpengaruh serta mampu mengalahkan UMNO, tetapi pada waktu sama mengharapkan ia menjadi parti yang sentiasa memenuhi aspirasi mereka.


Maknanya, mereka memandang PAS bukan sebagai sebuah parti yang mempunyai fahaman sendiri tetapi adalah sebuah wadah yang berkesan untuk memenuhi kehendak mereka. Mereka memandangkan bahawa oleh kerana PAS bergantung undi mereka, maka wajar parti itu memenuhi kehendak mereka.


Di sinilah berlaku harapan salah. Sedangkan apa yang patut berlaku adalah keseimbangan dan suasana menang-menang bagi kedua belah pihak. Itulah sepatutnya keadaan yang patut berlaku apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat. Kesediaan PAS menyertai Pakatan Rakyat bukan saja strategikal tetapi ideologikal. PAS adalah parti inklusif yang berjuang untuk Islam, dan selanjutnya untuk kesejahteraan untuk semua. Itulah yang terkandung dalam konsep PAS Untuk Semua.


Tetapi penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bukanlah berbentuk stretagikal semata-mata untuk mendapatkan undi bukan Islam bagi mencapai sita-cita secara terhad. Tetapi cita-cita menyeluruh PAS adalah bersifat universal dan inklusif, bukan untuk orang Islam semata-mata.


Pertamanya, kefahaman mengenai Islam adalah penting bagi semua rakyat Malaysia . Barulah mereka dapat faham mengenai PAS. Begitu juga kesedaran bahawa kefahaman tidaklah bererti penerimaan. PAS tidak memaksa mereka menerima Islam dan fahaman PAS. Apa yang diperlukan ialah kerjasama dalam perkara-perkara yang dapat dipersetuju. Itulah asas Pakatan Rakyat, dan itu juga adalah kehendak Islam.


Adalah suatu perkara yang silap apabila terdapat pihak bukan Islam yang mengharapkan PAS akan memenuhi tuntutan mereka di mana apa yang dituntut itu telah tidak diperoleh daripada Barisan Nasional. Ia seolah-olah mahu menjadikan PAS pengganti kepada UMNO bagi mencapai agenda yang tidak wajar. Namun begitu, terdapat juga agenda mereka yang adil dan serupa dengan PAS, maka perkara itu tidak ada masalah.


Dalam keadaan ini, kerjasama yang berkesan ini baru, maka sudah tentu terdapat usaha untuk saling faham-memahami. Dalam keadaan ini, wajar ada toleransi dan kompromi sehinggalah keadaan lebih kukuh dan lancar. Usaha persefahaman antara bukan Islam dan PAS sudah berlangsung lama tetapi baru 8 Mac tahun lalu dapat dilihat keberkesanannya ekoran kemenangan dalam pilihan raya.


Untuk memahami keadaan ini, cuba lihat entity yang sedang ditangani oleh PAS. Di satu pihak ialah PAS. Sementara di pihak satu lagi ialah orang Islam bukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini terdiri daripada anggota Keadilan secara umumnya. Di satu pihak lain pula ialah bukan Islam, yang terdiri daripada anggota DAP dan Keadilan.



Dari segi aspirasi keagamaan, pihak DAP dan bukan islam dalam keadilan walaupun terdapat perbezaan tetapi asasnya adalah serupa. Mereka mahukan negara liberal, demokratik dan sosialistik. Sementara PAS dan orang Islam Keadilan walaupun mempunyai perbezaan dari segi kefahaman politik tetapi pada satu-satu peringkat mempunyai asas yang sama iaitu dari segi agama.


Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini secara umumnya mahukan keadilan dari layanan daripada kerajaan. Kalau boleh mereka mahu supaya tidak ada kuota atau diskriminasi kaum. Dari segi Islam dan fahaman keadilan yang dipegang oleh PAS dan Keadilan, asas ini dipersetujui oleh PAS.


Peluang pendidikan dan perniagaan harus terbuka dan saksama tanpa mengira kaum. Tetapi satu hakikat yang tidak dapat ditolak olegh sesiapa di negara ini, apa yang disebut sebagai meritokrasi dan diperjuangkan oleh DAP dan orang bukan Islam dalam Keadilan adakan akhirnya memberi kelebihan kepada bukan Islam mengatasi orang Islam.


Tidak perlu berkira-kira, sudah tentu universiti-universiti yang tempatnya terhad akan dikuasai oleh orang bukan Islam. Apatah lagi dalam bidang pendidikan. Ini adalah meritokrasi yang sudah tentu memihak kepada bukan Islam. Sebagai orang Melayu, pendokong PAS dan Keadilan tentu faham perkara ini, dan mereka tentunya mahukan sistem yang turut memberi peluang setara kepada orang Islam.


Buat masa ini, mereka mungkin lihat apa yang dilakukan oleh UMNO sebagai korupsi dan penyelewengan hinggakan berlaku ketirisan dan orang Islam yang layak dibela ketinggalan. Sememangnya orang Melayu secara umumnya sedar program bagi membela orang Islam dari segi pendidikan dan perniagaan masih perlu. Tetapi cara UMNO pula dilihat sebagai telah gagal kerana ketirisan.


Maka apa yang diperlukan ialah kerajaan yang bersih. Inilah platform PAS yang disokong bukan saja oleh orang islam tetapi bukan Islam. Tetapi masalah meritokrasi masih menjadi isu yang tentunya belum dapat penyelesaian. Akhirnya perlu ada kompromin dalam Pakatan Rakyat di mana pada waktu sama meritokrasi diamlkan, ettapi pada waktu lain umat Islam tidak terpinggir akibat lemah dalam pelajaran dan perniagaan. Apa yang pasti ketuanan Melayu tiada tempat dalam Pakatan Rakyat.


dipetik dari tulisan Abu Firdaus

No comments:

Post a Comment