JEBAT_BERANI : BERAKHIR SUDAH KEJOHANAN BOLASEPAK TERUNGGUL DI DUNIA IAITU PIALA DUNIA BAGI TAHUN 2010 DI AFRIKA SELATAN...SPAIN AKHIRNYA BERJAYA MERANGKUL KEJUARAAN KALI INI DENGAN MENGALAHKAN BELANDA 1-0 HASIL JARINGAN INIESTA DALAM MASA TAMBAHAN....
NAMUN DALAM MEMBICARAKAN TENTANG PIALA DUNIA EDISI KALI INI,BUKAN KEHEBATAN PASUKAN DAN PEMAIN YANG BERTANDING MENJADI PERBUALAN HANGAT OLEH PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK DUNIA...APA YANG MENJADI TOPIK UTAMA PEMINAT BOLASEPAK DUNIA KALI INI ADALAH KETEPATAN RAMALAN 'PAUL' SI SOTONG KURITA...
'PAUL' TELAH BERJAYA MERAMAL DENGAN TEPAT 8 PERLAWANAN UTAMA TERMASUKLAH PERLAWANAN AKHIR YANG DIMENANGI OLEH SPAIN....'PAUL YANG DILAHIRKAN DI ENGLAND DAN KINI MENETAP DI JERMAN TELAH MULA MENDAPAT PERHATIAN APABILA RAMALANNYA DALAM PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN YANG MELIBATKAN PASUKAN JERMAN 100% TEPAT...MALAH DALAM PERINGKAT KALAH MATI,'PAUL' MENERUSKAN KETEPATAN RAMALANNYA APABILA MEMILIH JERMAN MENANG MENGATASI ENGLAND DAN ARGENTINA....
DAN DALAM PERINGKAT SEPARUH AKHIR,'PAUL' MENERUSKAN KEHEBATANNYA APABILA SEKALI LAGI BERJAYA MERAMAL KEPUTUSAN PERLAWANAN ANTARA JERMAN DAN BELANDA...NAMUN KEJAYAAN 'PAUL' MERAMAL KALI INI TIDAK MENGEMBIRAKAN PEMINAT BOLASEPAK DI NEGARA TEMPAT TINGGALNYA IAITU JERMAN...RAMALAN 'PAUL' KALI INI MENYEBABKAN PEMINAT JERMAN MENGANCAM UNTUK MEMASAK 'PAUL' DENGAN PELBAGAI RESEPI BAGI MENGHUKUM 'PAUL' YANG DIKATAKAN PUNCA PASUKAN JERMAN KALAH...
NAMUN INI BUKANLAH ANCAMAN PERTAMA YANG DITERIMA OLEH 'PAUL'...TERDAHULU KETIKA 'PAUL' MERAMALKAN JERMAN MENANG MENGATASI ARGENTINA DAN RAMALAN ITU TEPAT,PENYOKONG ARGENTINA MENGUGUT UNTUK MEMBUNUH DAN MEMASAK 'PAUL'...PENYOKONG ARGENTINA BENAR-BENAR MARAH KEPADA 'PAUL' DAN MENGANGAP 'PAUL' SEBAGAI PUNCA PASUKAN MEREKA KALAH KEPADA JERMAN PADA PERINGKAT SUKU AKHIR....
'PAUL' JUGA MEMPUNYAI PENCABAR DALAM MERAMALKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA DUNIA INI...SEEKOR BURUNG NURI DI SINGAPURA TURUT BERUPAYA MERAMAL PERLAWANAN DENGAN TEPAT DAN SETAKAT INI TELAH BERJAYA MERAMAL 4 PERLAWANAN UTAMA DENGAN TEPAT...NAMUN BURUNG NURI INI GAGAL MENANDINGI KEHEBATAN 'PAUL' MERAMALKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR APABILA MEMILIH BELANDA SEBAGAI PEMENANG PERLAWANAN TERSEBUT BERBANDING 'PAUL' YANG MEMILIH SPAIN...
PENGGUNAAN HAIWAN SEBAGAI PERAMAL KEPUTUSAN SUKAN BUKANLAH PERKARA BARU DALAM ARENA SUKAN DUNIA...NAMUN HAIWAN LAIN TIDAK 'SEHEBAT' 'PAUL' DALAM MERAMALKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN...SEEKOR BERUANG BETINA DI CHEMNITZ ZOOTERSALAH DALAM RAMALANNYA APABILA MEMILIH ARGENTINA UNTUK MENANG KE ATAS JERMAN...BEGITU JUGA SEEKOR MONYET BERNAMA TAMARIN ANTON YANG MERAMALKAN GHANA UNTUK MENANG KE ATAS JERMAN...
SELAIN ITU SEEKOR BADAK AIR BERUSIA 19 TAHUN BERNAMA PETTY JUGA GAGAL MERAMAL DENGAN TEPAT APABILA MEMILIH JERMAN MENANG KE ATAS SERBIA PADA PERINGKAT KUMPULAN....BAGAIMANAPUN 'PAUL' BUKAN SATU-SATUNYA HAIWAN YANG MENGEMPARKAN DUNIA DENGAN KEBOLEHAN MERAMAL..PADA TAHUN 2007 DI PUSAT PEMULIHAN DAN PENJAGAAN STEERE HOUSE DI PROVIDENCE DI RHODE ISLAND,AMARIKA SYARIKAT,SEEKOR KUCING BERNAMA OSCAR DIANGGAP SEBAGAI 'MALAIKAT MAUT BERKAKI EMPAT' APABILA DIKATAKAN BERUPAYA MERAMAL KEMATIAN PESAKIT DI PUSAT ITU...
SEBANYAK 50 KEMATIAN TELAH DIRAMAL OLEH OSCAR DAN IANYA TERBUKTI TEPAT...KUCING BERKENAAN DIKATAKAN AKAN BERGULING-GULING UNTUK RAPAT DAN TIDUR BERSAMA PESAKIT BEBERAPA KETIKA SEBELUM KEMATIAN PESAKIT TERSEBUT....PERKARA INI MENGEMPARKAN PENDUDUK SEKITAR SERTA PIHAK PENTADBIRAN PUSAT BERKENAAN...WALAUPUN TIDAK ADA BUKTI SECARA SAINSTIFIK BAGI MENYOKONG KEBENARAN PERKAITAN PRILAKU KUCING INI DENGAB KEMATIAN PESAKIT NAMUN KEBANYAKAN KEMATIAN YANG BERLAKU ADA PERSAMAAN DENGAN PRILAKU KUCING INI TERHADAP SI MATI....
DISEBALIK 'KEHEBATAN' RAMALAN 'PAUL' INI SEBENARNYA HARUS KITA FAHAM DAN KETAHUI BAHAWA IANYA HANYALAH "KEBETULAN" YANG TELAH DIRANCANG OLEH ALLAH S.W.T BAGI MENGUJI SEJAUH MANA TAHAP KEIMANAN DAN KETAKWAAN HAMBANYA....APAKAH MEREKA-MEREKA YANG BERIMAN LEBIH MEMPERCAYAI AKAN 'PAUL' SISOTONG KURITA DARI KEKUASAAN ALLAH S.W.T...JANGAN KITA MENGADAIKAN KEIMANAN KITA KERANA MEMPERCAYAI PERKARA SEUMPAMA RAMALAN INI..
Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:
Maksudnya: “Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”
Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً
Ertinya: “Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”
Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;
مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد
Maksudnya: “Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”
OLEH YANG DEMIKIAN JANGANLAH KITA SAMPAI TERJEJAS AKIDAH KERANA MEMPERCAYAI RAMALAN 'PAUL' SISOTONG KURITA..INGAT ALLAH SENGAJA INGIN MENDUGA HAMBANYA DENGAN MENJADIKAN 'PAUL' SISOTONG KURITA MEMPUNYAI KEBOLEHAN MERAMAL INI...MENONTONLAH KEMERIAHAN BOLASEPAK INI DAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN 'PAUL' SISOTONG KURITA INI KERANA IA JUGA HANYALAH MAKHLUK ALLAH YANG MENUMPANG HIDUP DENGAN IZIN ALLAH S.W.T
No comments:
Post a Comment