WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, July 7, 2009

MANEK URAI:SELESAI SUDAH PENAMAAN CALON


HARI INI SELESAILAH PENAMAAN CALON BAGI PRK DUN MANEK URAI YANG MEMPERLIHATKAN PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU DI ANTARA CALON PARTI PAS SAUDARA MOHD FAUZI BIN ABDULLAH DAN CALON UMNO TUAN AZIZ TUAN MAT..


TUAN AZIZ TELAH MENYERAHKAN BORANG PENCALONANNYA SEBAIK SAHAJA PENAMAAN CALON DIBUKA PADA JAM 9.00PAGI.SEJURUS KEMUDIAN CALON PARTI PAS MOHD FAUZI PULA MEYERAHKAN BORANG PENCALONANNYA....TUAN AZIZ ADALAH LULUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA(UTM) DAN JUGA BEKAS PENGURUS BAHAGIAN PEMANTAUAN PROJEK KASEDAR MANAKALA MOHD FAUZI ADALAH SEORANG PENBORONG IKAN.


SEKARANG HANYA TINGGAL HARI MENGUNDI SAJA LAGI BAGI MENENTUKAN SIAPA DAN PARTI APA YANG MENJADI PILIHAN PENGUNDI DI MANEK URAI...BERBAGAI KEYAKINAN DILONTARKAN OLEH PENYOKONG PARTI MASING-MASING..TAK KURANG JUGA PERBAGAI STRATEGI TELAH DIPRAKTIKKAN BAGI MEMENANGI HATI PENGUNDI DI MANEK URAI..DAN DALAM BEBARAPA HARI LAGI TIBALAH MASA BAGI PENGUNDI MANEK URAI MENTAKSIRKAN SIAPA YANG BERJAYA MENPENGARUHI HATI PENGUNDI...


BAGI AKU,KEYAKINAN YANG SANGAT TINGGI BAHAWA PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI INI TETAP AKAN MEMIHAK KEPADA PARTI PAS..WALAUPUN BERMACAM DAKYAH DAN JANJI MANIS YANG DILAKUKAN OLEH UMNO,IANYA TIDAK MAMPU MENPENGARUHI PENGUNDI DI DUN MANEK URAI YANG SEMAKIN MATANG BERPOLITIK..KEYAKINAN AKU INI TURUT DISOKONG OLEH KENYATAAN USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI DI DALAM BLOGNYA:-


Pengundi Muda mewakili hampir separuh jumlah pengundi di Manek Urai . Tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa para belia dan anak - anak muda adalah penentu kepada keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini .

Jika momentum kebangkitan rakyat yang rata - ratanya didokong oleh kemaraan anak - anak muda untuk bangkit dan keluar dari belenggu minda dan penjajahan politik UMNO dan BN masih kekal , Insyaallah kita bakal menyaksikan sekali lagi UMNO dan BN tersungkur dan terburai di Manek Urai .

Setelah UMNO tertinggal jauh di Permatang Pauh , UMNO panik termangu di Kuala Terengganu , UMNO rebah terlentang di Bukit Gantang , UMNO rasa hiba terhalau di Bukit Selambau dan UMNO tersungkur hampir mati di Penanti , saya ulangi sekali lagi insyaallah rakyat bakal menyaksikan bagaimana UMNO dan BN akan hancur terburai di Manek Urai .


AKU MENYERU RAKAN-RAKAN PEMUDA YANG BERADA DI PERANTAUAN,PULANGLAH!!PULANG DAN SELAMATKAN DUN MANEK URAI DARI DIRAMPAS UMNO/BN DAN BERSAMA MEMENANGKAN PERJUANGAN TOK GURU NIK AZIZ....

3 comments:

  1. Semuanya ketentuan dari ALLAH, jangan duk kata kat UMNO sangat, kalau nak berkempen, biarlah dengan cara yang mulia tak mengata orang, itulah yang di ajar oleh Islam kerana bak kepartian ini adalah duniawi, Islam melarang kita mengata pada orang lain sebabnya kalau perkara itu tidak betul ianya menjadi fitnah yang di murkai ALLAH, Sabda Rasulullah S.A.W. : " Hamba-hamba Allah yang jahat ialah mereka yang sentiasa membuat fitnah dan memecah-belahkan persaudaraan " Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal.

    ReplyDelete
  2. Blog saudara sudah di link kan dalam senarai bloger peminat tokguru

    ReplyDelete
  3. buat awangliku....hamba tidak menafikan akan kebenaran yang tuan hamba katakan...akan tetapi janganlah disempitkan agama allah dengan hanya melihat dari satu sudut sahaja...

    benar kata tuan hamba,adalah sangat dimurkai allah s.w.t jika kita melakukan fitnah sesama manusia...akan tetapi apa yang hamba khabarkan sudah terbukti akan kebanarannya kecuali di mata orang-orang yang bencikan kebenaran...
    tidak timbul soal mengata kerna memang kebenaran perlu disuarakan walaupun pedih telinga mendengarnya.....kerna itulah di dalam al-quran ada ayat-ayat yang mencerca manusia disebabkan sikap manusia itu sendiri yang ingkar pada perintah allah..
    maapkan hamba awangliku...hamba sangat tidak bersetuju bila tuan hamba mengatakan hal kepartian ini adalah duniawi semata-mata..
    ingatlah saudaraku awangliku,allah tidak menjadikan sesuatu perkara di atas bumi ini sia-sia dan tidak akan terlepas sebarang perbuatan dari pembalasan NYA...
    jangan sempitankan ilmu yang di anugerahkan allah dengan menyempitkan fikiran tuan hamba sebagaimana kehendak orang-orang yang menentang hukum-hukum allah...
    hamba doakan agar hamba dan tuan hamba beroleh pertunjuk yang sebenar-benarnya pertunjuk dari allah s.w.t...

    ReplyDelete