WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 8, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : KETAM 'SEMBAB' AJAR ANAK 'LEMBAB' BERJALAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli jawatankuasa pusat MCA harus berkorban dengan mengosongkan jawatan mereka bagi membolehkan pemilihan baru diadakan mengikut kehendak perlembagaan parti itu.

"Mahu tidak mahu, mereka harus berkorban supaya jumlah dua pertiga minima yang diperlukan boleh dicapai," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita yang mengikuti misi perdagangan dan pelaburan selama empat hari ke Tokyo.

Menurutnya, pemimpin MCA harus bertindak secara satu pasukan memandangkan terdapat ruang dan harapan bagi menyelesaikan kemelut parti itu, lapor Bernama.

Muhyiddin berkata, semua pemimpin MCA, termasuk presiden Datuk Seri Ong Tee Keat, timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai pengaruh masing masing dalam badan tertinggi MCA.

"Kalau dua pertiga sahaja pun tidak baik kerana sepertiga tidak setuju. Oleh itu, sebaik mungkin, bila berhenti, semua berhenti.

"Lepas itu, kita membolehkan perwakilan MCA menentukan masa depan MCA dan bukan pemimpin MCA sahaja (berbuat demikian)," kata Muhyiddin.

Ketika ditanya sama ada adil atau tidak bagi mereka yang tidak terlibat dengan isu itu perlu meletak jawatan, Muhyiddin berkata isunya bukan adil atau tidak.

"Kalau dengan sebab saya tidak ada masalah dan saya hendak kekal duduk, ia tidak akan boleh menyelesaikan masalah. Pemimpin yang baik akan terpilih lagi, itu adalah demokrasi dalam parti.

"Tapi kalau masing-masing berkata saya tak bersetuju dan ada pandangan berbeza, ia akan berlarutan, dan kalau tak ada pemilihan, orang akan kata masyarakat Cina hilang kepercayaan dalam MCA," kata Muhyiddin.

Muhyiddin juga berkata, pemimpin MCA perlu sepakat dan menerima pakai satu formula bagi membolehkan mereka mengadakan pemilihan baru jawatan dalam parti bagi mengelak MCA kehilangan keyakinan masyarakat Cina.

"Semua orang ada kepentingan sendiri tetapi yang paling utama ialah kepentingan parti," katanya lagi.

Katanya, jika masalah dalaman MCA itu berlarutan, kesannya ialah parti itu akan kehilangan keyakinan dan kepercayaan.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : EHMM MACAM NIE LA KOT RUPENYE KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN...MASALAH DALAMAN UM-NO PUN TAK DAPAT NAK DISELESAIKAN SIBUK-SIBUK PLAK NAK SELESAIKAN KRISIS DALAM MCA..TAK TAU LA KALAU MCA SANGGUP IKUT CAKAP KETAM 'SEMBAB' NIE.

NAMPAKNYA TAHUN NIE MEMANG MUSIM KOMPONEN BE-END BERTELAGAH BARANGKALI.PPP DENGAN MASALAHNYA LAH,MIC PON SAMA DAN SEKARANG TENGAH HANGAT MCA.YANG UM-NO PUNYA MASALAH DIE ORANG SOROK DALAM KOCEK DULU.

TAPI YANG HERANNYA DALAM DOK KELAM KABUT DENGAN MASALAH MASIH SEMPAT DIE ORANG NIE BUAT PLAN NAK JATUHKAN TOK GURU NIK AZIZ.APA INGAT TOK GURU NIK AZIZ TU CIKAI SANGAT KE SENANG-SENANG NAK DIJATUHKAN..LAGI NAK DIJATUHKAN LAGI BANYAK PULAK HAMBA TENGOK SOKONGAN TERHADAP TOK GURU.INILAH PERKARA YANG MEMBUATKAN UM-NO MATI AKAL CARI JALAN NAK 'REBAHKAN' TOK GURU NIK AZIZ..

No comments:

Post a Comment