WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, July 14, 2012

1000 JAYAKAN PERHIMPUNAN OREN (berita versi Dato ahmad Maslan)

Macam nie punya ramai takkan seribu jerk Dato Ahmad Maslan woiii




KUALA LUMPUR: Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.

(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)

Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.




Jebat Berani : Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang telah dirancang oleh jawatankuasa perhimpunan OREN berjalan sebagaimana yang dirancang...Terima kasih juga kepada pihak polis kerana membenarkan perhimpunan rakyat ini dan juga kerana TIDAK MELAKUKAN PROVOKASI sebagaimana kebiasaannya...

Pada anggaran aku kehadiran sekitar 20 ribu ke 30 ribu orang (pihak media pro UMNO/BN menganggarkan kehadiran antara 1 ribu ke 7 ribu orang sahaja) mengambarkan kesepakatan rakyat untuk bersama-sama menuntut agar HAK RAKYAT dikembalikan kepada rakyat.Tak kira samaada anak FELDA ataupun bukan sama sama hadir menyokong tindakan pihak Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Selain daripada berjaya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,perhimpunan kali ini berjaya membuka mata banyak pihak dan membuktikan bahawa sebarang perhimpunan rakyat tidak akan berlaku kekecohan melainkan berlakunya provokasi oleh pihak polis dan juga pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.Perhimpunan kali ini berlangsung dengan suasana yang sangat aman dan terkawal.

Cuma ada sesuatu yang mengelikan hati aku berhubung dengan perhimpunan ini.Dakwaan Dato Ahmad Maslan yang mengatakan di twitternya bahawa kehadiran peserta perhimpunan OREN ini hanya 1000 orang benar benar memperlihatkan 'kebutaan' dan 'kebingaian' beliau.Samaada beliau beroleh info yang salah dari infomer infomernya atau beliau memang tak tahu mengira.

Apa pon gambar gambar berikut boleh menjawab atau setidak tidaknya memberikan gambaran apakah dakwaan Ahmad Maslan ini benar atau sebaliknya..





1 comment: